Keahlian JSKU
JAWATANKUASA STRATEGIK KEWANGAN UNIVERSITI (JSKU)
TATACARA/KEAHLIAN/FUNGSI
TATACARA MESYUARAT |
KEAHLIAN |
FUNGSI /SKOP / HAD / KUASA
|
a. Korum: 2/3 ahli termasuk pengerusi.
b. Kekerapan Mesyuarat: 4 kali setahun.
c. Mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa mengikut keperluan semasa atau apabila dipanggil untuk bersidang oleh Pengerusi Jawatankuasa.
|
a. Pengerusi : Naib Canselor
b. Ahli : (i) Pelantikan keahlian oleh Naib Canselor. (iii) Bendahari-Setiausaha/Ahli
c. Urus setia : -Unit Penjanaan Pendapatan, Pejabat Bendahari. -Kuasa pelantikan ahli termasuk pengerusi ialah oleh Naib Canselor. -JSKU bertanggungjawab kepada Mesyuarat Eksekutif. |
1. Menjana idea, mengenalpasti, merancang serta memperkasakan aktiviti penjanaan pendapatan kepada Universiti;
2. Menetapkan sesuatu kadar serta kaedah pelaksanaan yang jelas bagi sesuatu aktiviti penjanaan yang dirancang;
3. Mengenal pasti dan menarik minat agensi atau pihak swasta yang berpotensi untuk menyumbangkan dana;
4. Menetapkan sasaran (KPI) penjanaan yang akan dicapai bagi setiap PTj/Fakulti atau Ketua Projek (jika berkaitan);
5. Memastikan sasaran yang telah ditetapkan dicapai;
6. Membuat penilaian ke atas penjanaan yang telah dicapai;
7. Membincangkan dari segi aspek strategik kewangan Universiti dan
8. Membincangkan dan mencadangkan strategi penjimatan Universiti.
|