Fungsi JSKU
Mesyuarat Jawatankuasa ini adalah berfungsi sebagai penjana idea dan mengutarakan pandangan berkaitan aktiviti yang dapat meningkatkan pendapatan Universiti termasuk kaedah pelaksanaannya. Jawatankuasa ini turut boleh membincangkan aktiviti-aktiviti penjanaan semasa yang sedang dilaksanakan bagi tujuan penambahbaikan atau penilaian.Jawatankuasa
Penjanaan Pendapatan UTeM adalah bertanggungjawab seperti berikut;
- Menjana idea, mengenalpasti, merancang serta memperkasakan aktiviti penjanaan pendapatan kepada Universiti;
- Menetapkan sesuatu kadar serta kaedah pelaksanaan yang jelas bagi sesuatu aktiviti penjanaan yang dirancang;
- Mengenal pasti dan menarik minat agensi atau pihak swasta yang berpotensi untuk menyumbangkan dana;
- Menetapkan sasaran (KPI) penjanaan yang akan dicapai bagi setiap PTj/Fakulti atau Ketua Projek (jika berkaitan);
- Memastikan sasaran yang telah ditetapkan dicapai dan
- Membuat penilaian ke atas penjanaan yang telah dicapai
- Membincangkan dari segi aspek strategik kewangan Universiti dan
- Membincangkan dan mencadangkan strategi penjimatan Universiti.