Portal Penjanaan Pendapatan UTeM
Objektif Penjanaan Pendapatan
Dalam usaha UTeM meningkatkan hasil dan mengurangkan kebergantungan kepada dana Kerajaan, kepelbagaian sumber perlulah dipergiatkan serta mendapatkan sumber dana alternatif. Strategi ini hendaklah diperkasakan dengan sokongan Pusat Tanggungjawab (PTj) yang perlu turut sama membantu meningkatkan hasil penjanaan Universiti.
Aktiviti yang dapat menjana pendapatan dalaman Universiti dari pelbagai aspek hendaklah diberi tumpuan dan tidak terhad kepada aktiviti penyelidikan, pengkomersilan atau perundingan atau aktiviti yang dilaksanakan oleh Anak Syarikat Universiti.
Selaras dengan itu, antara teras dalam Pelan Strategik UTeM adalah untuk meningkatkan hasil penjanaan Universiti melalui kepelbagaian aktiviti penjanaan pendapatan yang mana Pejabat Bendahari telah dipertanggungjawabkan untuk bertindak dan menggerakkan objektif strategik ini.
Skop aktiviti penjanaan pendapatan yang diberikan tumpuan ialah :
- Latihan Akademik Dan Teknikal (Eksekutif Dan Profesional)
- Perkhidmatan Pengurusan Aset dan Kemudahan Universiti
- Perkhidmatan Nasihat Pakar Atau Perundingan, Perkhidmatan Pengurusan Projek & Pengkomersilan Produk Penyelidikan
- Sumbangan Endowmen
- Jualan/Business Online, Pasca Siswazah, Faedah Dari Pelaburan Dan Pinjaman & Aktiviti-Aktiviti Lain