Tabung Endowmen UTeM, Tabung Wakaf UTeM dan Tabung Sumbangan UTeM

PROMOSI TABUNG ENDOWMEN UTeM, TABUNG WAKAF UTeM DAN TABUNG SUMBANGAN UTeM

Latar belakang

1. Tabung Endowmen/Wakaf UTeM dan Tabung Sumbangan UTeM adalah tabung kebajikan yang diluluskan oleh Universiti pada 27 Disember 2012 bertujuan untuk mengumpulkan dana dari pelbagai pihak, orang ramai, alumni dan staf dengan objektif untuk merancakkan lagi aktiviti kesarjanaan ilmu di UTeM.
2. Konsep endowmen ini juga dianggap sebagai salah suatu amalan kebajikan berasaskan sedekah yang mana hasil atau pulangan yang dijana daripada harta yang diwakafkan dapat dimanfaatkan untuk membiayai pelbagai program atau aktiviti yang berfokuskan kepada kebajikan pelajar serta warga UTeM yang memerlukan.


Objektif

1. Membiayai aktiviti akademik, penyelidikan dan pembangunan, kebajikan pelajar, aktiviti dakwah dan pengimarah;
2. Membiayai aktiviti peningkatan budaya ilmu di UTeM seperti penajaan Kursi Profesor, penerbitan bahan saintifik, pembangunan fasiliti akademik dan lain-lain;
3. Penajaan pelajar seperti biasiswa kepada pelajar cemerlang atau tajaan yuran pengajian bagi pelajar yang layak dan memerlukan; dan
4. Membudayakan amalan memberikan sumbangan jangka panjang di kalangan warga UTeM dan masyarakat setempat.

 

[ MUAT TURUN BORANG SUMBANGAN ] [ RUJUKAN ]

 

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah merancang dan menyusun pelan strategik di dalam menggerakkan aktiviti penjanaan pendapatan universiti melalui penubuhan suatu tabung endowmen bagi mengumpulkan dana daripada sumbangan korporat, alumni, staf dan orang ramai. Dana ini bermotifkan sebagai pemudah cara kepada warga dan alumni UTeM serta masyarakat umum di dalam menyumbang sejumlah wang atau bantuan kewangan untuk menampung aktiviti atau program yang dirancang di mana dapat memberi manfaat kepada semua berasaskan konsep sedekah.


Surah Al- Baqarah Ayat 261, maksudnya

"Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, lagi meliputi pengetahuanNya"


Pengecualian Cukai Pendapatan :

Penyumbang bagi Tabung Sumbangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) layak mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (No. Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6019).
Untuk mendapatkan pengecualian cukai pendapatan, staf hendaklah mengemukakan borang dan bukti pembayaran ke Pejabat Bendahari. Satu resit rasmi yang dicop dengan “Dikecualikan Cukai Pendapatan Di bawah (Seksyen) 44(6) Akta Cukai Pendapatan” akan diberikan. Bagi sumbangan secara potongan gaji, Penyata Pendapatan Tahunan akan menunjukkan jumlah sumbangan.


Hubungi

Unit Penjanaan Pendapatan
Bahagian Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan
Pejabat Bendahari, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya
Tel : 06-3316871 Fax: 06-3316296

 

Save