Fungsi JSKU

Mesyuarat Jawatankuasa ini adalah berfungsi sebagai penjana idea dan mengutarakan pandangan berkaitan aktiviti yang dapat meningkatkan pendapatan Universiti termasuk kaedah pelaksanaannya. Jawatankuasa ini turut boleh membincangkan aktiviti-aktiviti penjanaan semasa yang sedang dilaksanakan bagi tujuan penambahbaikan atau penilaian.Jawatankuasa

Penjanaan Pendapatan UTeM adalah bertanggungjawab seperti berikut;

  1. Menjana idea, mengenalpasti, merancang serta memperkasakan aktiviti penjanaan pendapatan kepada Universiti;
  2. Menetapkan sesuatu kadar serta kaedah pelaksanaan yang jelas bagi sesuatu aktiviti penjanaan yang dirancang;
  3. Mengenal pasti dan menarik minat agensi atau pihak swasta yang berpotensi untuk menyumbangkan dana;
  4. Menetapkan sasaran (KPI) penjanaan yang akan dicapai bagi setiap PTj/Fakulti atau Ketua Projek (jika berkaitan);
  5. Memastikan sasaran yang telah ditetapkan dicapai dan
  6. Membuat penilaian ke atas penjanaan yang telah dicapai
  7. Membincangkan dari segi aspek strategik kewangan Universiti dan
  8. Membincangkan dan mencadangkan strategi penjimatan Universiti.